Wednesday, July 18, 2018

TERMA & SYARAT PERKHIDMATAN (TNC)


TERMA & SYARAT PERKHIDMATAN (TNC)                                        

ADALAH DENGAN INI ANDA SEBAGAI PELANGGAN KEPADA ACE PHOTOGRAPHY TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN SISTEM PERKHIDMATAN ACE PHOTOGRAPHY DAN TERTAKLUK KEPADA SEMUA PERKARA DIBAWAH SEBAIK SAHAJA DEPOSIT PENGESAHAN DIBUAT.

1.       GAMBAR AKAN DIUPLOAD PADA WAKTU MALAM SEJURUS SELEPAS MAJLIS DIJALANKAN UNTUK PENDEDAHAN PERTAMA KEPADA TATAPAN KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI.PELANGGAN PERLU LIKE FACEBOOK PAGE  ACE PHOTOGRAPHY BAGI MEMUDAHKAN PROSES PEMBERIAN GAMBAR PENDEDAHAN PERTAMA.UNTUK VIDEOKLIPS(BERDURASI 3-5 MINIT) AKAN DIUPLOAD DI FACEBOOK SEMINGGU SELEPAS MAJLIS TERSEBUT .

2.       TEMPOH SIAP ALBUM DI ANTARA 2 BULAN HINGGA 4 ATAU 6 BULAN SELEPAS MAJLIS DILANGSUNGKAN(BERGANTUNG KEPADA SEASON PEAK/ATURAN).HARI BEKERJA ADALAH DARI ISNIN HINGGA JUMAAT.TIDAK TERMASUK PUBLIC HOLIDAY.INI ADALAH UNTUK KAMI MENYIAPKAN PROSES ALBUM.GAMBAR DAN VIDEO PULA AKAN SIAP 6 BULAN PALING LEWAT SELEPAS DARI TARIKH MAJLIS BAGI KERJA-KERJA SUNTINGAN.PENDRIVE FOLDER BAGI GAMBAR AKAN DIHANTAR 5 HARI SELEPAS MAJLIS.BAGI VIDEOKLIPS PULA 3 BULAN.

3.       DEPOSIT 50%  DARI HARGA PAKEJ TIDAK AKAN DIPULANGKAN UNTUK PEMBATALAN TEMPAHAN DARI PIHAK PELANGGAN.MELAINKAN BERLAKU KEMATIAN/KEMALANGAN/KECELAKAAN TERHADAP JURUFOTO BERTUGAS ATAU PELANGGAN.DEPOSIT JUGA TIDAK AKAN DIPULANGKAN BAGI PENUKARAN TARIKH YANG DIMAKLUMKAN KURANG DARI 3 MINGGU DARI HARI MAJLIS SEKIRANYA TARIKH YANG DIPINDA TELAH KETIADAAN JURUFOTO.

4.       BAKI PERLU DIJELASKAN SEBELUM/SELEPAS HABIS MAJLIS ATAU SELEWAT-LEWATNYA 5 HARI SELEPAS MAJLIS.SEKIRANYA LEWAT PEMBAYARAN BAKI LEBIH DARI 5 HARI DARIPADA TARIKH MAJLIS AKAN DIKENAKAN CAJ PERKHIDMATAN BERGANDA.SEGALA PROSES AKAN DILAKUKAN SELEPAS PEMBAYARAN PENUH DIBUAT.

5.       HARGA PAKEJ ADALAH TETAP.SEBARANG PENAMBAHAN ATURCARA MAJLIS(CTH:PERSALINAN/OUTDOOR/BERINAI MALAM/MAJLIS ATURCARA TERLEWAT)AKAN DIKENAKAN CAJ TAMBAHAN BERLAINAN ATAU MENGIKUT PAKEJ YANG SEPATUTNYA.PAKEJ JUGA TIDAK TERMASUK CAJ PERJALANAN DAN PENGINAPAN ATAU CAJ LUAR NEGARA.CAJ-CAJ BERIKUT PERLU DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PELANGGAN.

6.       BAGI PAKEJ CUSTOM ALBUM  8” X 12” INCH DAN PHOTOBOOK 8” X 12” PELANGGAN DIBERI KELONGGARAN UNTUK MEMILIH SAIZ ALBUM 10"X12" ATAU 12"X 18"& SEKIRANYA MAHU MEMILIH GAMBAR PILIHAN ANDA,IA PERLU DIMAKLUMKAN TERLEBIH AWAL 2 MINGGU KEPADA ACE PHOTOGRAPHY SEBELUM MAJLIS ATAU SELEPAS PEMBAYARAN DEPOSIT DIBUAT.PILIHAN GAMBAR DARI PELANGGAN PERLU DISERAHKAN KEPADA KAMI SELEWAT-LEWATNYA 2 MINGGU SELEPAS PEMBERIAN PENDRIVE.KELEWATAN LEBIH 2 BULAN AKAN DIKENAKAN CAJ RM100 .

7.       BAGI PAKEJ VIDEOGRAPHY,PELANGGAN DIBERI HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN LAGU YANG INGIN DILETAKKAN KE DALAM VIDEO TERSEBUT MENGIKUT VALUE SENTIMENTAL HUBUNGAN ITU SENDIRI.SILA BERIKAN TAJUK DAN ARTIS KEPADA PIHAK ACE PHOTOGRAPHY SELEWAT-LEWATNYA 1 BULAN SELEPAS MAJLIS.PELANGGAN YANG TIDAK MEMBERI KEPUTUSAN SELEPAS DARI TEMPOH ITU,KAMI MENGANGGAP YANG PELANGGAN BERSETUJU DENGAN LAGU PILIHAN ACE PHOTOGRAPHY

8.       BAGI PAKEJ TANPA ALBUM HANYA PENDRIVE PELANGGAN HANYA DIBERI PENDRIVE SAHAJA 5 HARI SELEPAS MAJLIS

9.       SLOT /PERKARA PERCUMA TIDAK BOLEH DIPINDA ATAU DITUKAR DENGAN PERKARA LAIN KERANA IANYA ADALAH DIBERI PERCUMA TANPA SEBARANG CAJ.

10.   PELANGGAN YANG TIDAK (MEMATUHI SYARAT 4.)TIDAK AKAN DIBERI SEBARANG MEDIUM BERGAMBAR KECUALI PENDEDAHAN PERTAMA.

*HARGA PHOTO & FRAME & PENDRIVE ADALAH MENGIKUT PADA HARGA SEMASA*


11.   PELANGGAN YANG MENGAMBIL ACE PHOTOGRAPHY SEBAGAI JURUFOTO RASMI ANDA,SECARA TIDAK LANGSUNG BERSETUJU DENGAN CARA PENYAMPAIAN GAMBAR YANG PIHAK ACE PHOTOGRAPHY  HASILKAN.PELANGGAN TIDAK BERHAK COMPLAIN SEGALA HASIL YANG ACE PHOTOGRAPHY TERBITKAN DISEBABKAN ANDA SENDIRI MAKLUM SUDI BERGAMBAR DENGAN ACE PHOTOGRAPHY.SEMUA HAK PENYIARAN ADALAH DIBAWAH NAMA &LABEL DARI NORHISHAM BIN ADAM SAHAJA.

12.   ACE PHOTOGRAPHY BERHAK MENGGUNAKAN MANA-MANA FOTO PELANGGAN UNTUK TUJUAN PUBLISITI/MEDIA.HALANGAN UNTUK ACE PHOTOGRAPHY BERBUAT DEMIKIAN PERLULAH DIMAKLUMKAN SEBELUM PENGESAHAN PAKEJ SECARA BERTULIS.

13.   PELANGGAN YANG TELAH MEMBUAT TEMPAHAN PERLU MENGAMBIL ALBUM DALAM MASA TEMPOH TIDAK KURANG DARIPADA 5 BULAN SELEPAS MAJLIS.CAJ RM10 RINGGIT DIKENAKAN SEKIRANYA PELANGGAN SUDI KAMI MENGHANTAR SENDIRI DI RUMAH PELANGGAN (LEBIH 10 KILOMETER CAJ LEBIH AKAN DIKENAKAN).

14.   PERUBAHAN TANPA NOTIS DAN KONTRAK PAKEJ TEMPAHAN TERBATAL SEKIRANYA PELANGGAN GAGAL MEMENUHI PROSES PEMBAYARAN.

15.   ACE PHOTOGRAPHY TERDIRI DARI JURUFOTO YANG BERKUALITI DAN BERHAK MENGHANTAR MANA-MANA JURUFOTO ACE PHOTOGRAPHY UNTUK TUGASAN MENGIKUT LOKASI YANG TERDEKAT DENGAN LOKASI PELANGGAN.


16.   LOKASI PENGAMBARAN PERLULAH MENDAPAT PERSETUJUAN KEDUA-DUA PIHAK.SEBARANG KECEDERAAN ATAU KEMALANGAN SEMASA SEISI PENGAMBARAN FOTOGRAFI ADALAH DIBAWAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI.



No comments:

Post a Comment